Unit Pelancongan MPKj
Monday, 2 April 2012
Muzium Insitu Jugra, Kula Langat
Muzium Insitu Jugra terletak dibawah kaki bukit Jugra berhampiran Sungai Langat. Bangunan ini dibina menggunakan batu pejal (granite) yang terdapat di kawasan tersebut. Batuan ini seterusnya dipotong empat segi untuk membentuk struktur bangunan supaya kukuh dan teguh. Bahagian atas bangunan ini digunakan sebagai mahkamah dan bahagian bawah sebagai penjara. Ia telah diwartakan oleh Jabatan Warisan Negara pada 19 November 2002. Muzium terletak di dalam bangunan balai polis British yang dibina pada tahun 1878.
Muzium Insitu Jugra telah dibuka kepada orang ramai mulai 17 Januari 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Friday, 9 March 2012
Sungai Congkak
HUTAN LIPUR SUNGAI CONGKAK
Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor merupakan sebuah pusat pelancongan alam semula jadi dan kawasan perkelahan dan rekreasi berlatarbelakangkan Gunung Nuang. Suasana yang nyaman dengan
udara yang bersih serta aliran sungai yang tenang dan dingin pastinya
menjadikan Sungai Congkak sebagai pengalaman yang baru bagi anda dan
keluarga.
Thursday, 8 March 2012
Gunung Nuang, Hulu Langat, selangor
G. Nuang 1493 m (4898 kaki) dpl terletak
di daerah Hulu Langat, Selangor. Gunung
ini merupakan gunung yang tertinggi di negeri Selangor. Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Boleh didaki dari tiga arah iaitu dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat, Kampung Kemensah, Gombak dan dari Bukit Tinggi , Bentong, Pahang.
Tuesday, 28 February 2012
Unit Pelancongan MPKj
Pengwujudan Blog Unit Pelancongan MPKj
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor Bil. 1/2012 yang diperngerusikan oleh Y.B Elizabeth Wong, EXCO Pelancongan Negeri Selangor telah mengarahkan agar semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membantu pihak Tourism Selangor Sdn. Bhd. mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang berada di bawah pentadbiran setiap PBT melalui saluran informasi dan elektronik.
Oleh yang demikian, blog Unit Pelancongan MPKj diwujudkan bagi merealisasikan arahan Y.B tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)