Friday, 9 March 2012

Sungai Congkak

 HUTAN LIPUR SUNGAI CONGKAK
 
Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor merupakan sebuah pusat pelancongan alam semula jadi dan kawasan perkelahan dan rekreasi berlatarbelakangkan Gunung Nuang. Suasana yang nyaman dengan udara yang bersih serta aliran sungai yang tenang dan dingin pastinya menjadikan Sungai Congkak sebagai pengalaman yang baru bagi anda dan keluarga.











 

Thursday, 8 March 2012

Gunung Nuang, Hulu Langat, selangor

G. Nuang 1493 m (4898 kaki) dpl terletak di daerah Hulu Langat, Selangor. Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di negeri Selangor. Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang.  Boleh didaki dari tiga arah iaitu dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat, Kampung Kemensah, Gombak dan dari Bukit Tinggi , Bentong, Pahang.











Tuesday, 28 February 2012

Unit Pelancongan MPKj

Pengwujudan Blog Unit Pelancongan MPKj

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor Bil. 1/2012 yang diperngerusikan oleh Y.B Elizabeth Wong, EXCO Pelancongan Negeri Selangor telah mengarahkan agar semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membantu pihak Tourism Selangor Sdn. Bhd. mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang berada di bawah pentadbiran setiap PBT melalui saluran informasi dan elektronik. 

Oleh yang demikian, blog Unit Pelancongan MPKj diwujudkan bagi merealisasikan arahan Y.B tersebut.